Wednesday, 23 November 2016

Potong


Musim cuti sekolah sudah tiba. Sebut je pasal cuti sekolah, murid2 lah makhluk paling gembira sekali. Apa taknya, takyah la sesusah lagi nak fikir kerja sekolah tak tiru kawan lagi, baju tak iron lagi, pastu nak dengar ayah membebel di pagi hari sebab kasut lupa nak kapur. Haa tu semua boleh dikatakan aktiviti rutin aku lah masa sekolah dulu haha. So time cuti sekolah ni lah masanya nak balas dendam main kat luar sampai hitam legam, tengok tv sampai lebam biji mata, korek duit tabung buat beli super ring sebab ayah memang tak bagi duit jajan time cuti. Pehh memori beteii. Tapi… terdapat satu golongan yang bila dengar je cuti sekolah, otomatik gelabah tak tentu pasal, jantung dubdabdubdab, mulut berbuih macam kena sawan malaria tapioca. Haa golongan tersebut adalah mereka2 yang belum potong.




Potong? Nak potong ape eh? Kenapa kena potong? Putus tak? 



Potong atau lebih sinonim dipanggil bersunat/berkhatan di kalangan masyarakat melayu. Hukum berkhatan dalam islam adalah wajib ke atas setiap lelaki. Ianya bertujuan untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan diri dari penyakit. Jangan tanya aku penyakit apa, aku sendiri pun google je ayat atas ni. 



Mengimbau kembali kenangan sewaktu aku berkhatan dulu. Boleh dikatakan aku ni antara golongan paling liat la bila diajukan pertanyaan “Engko bila nak sunat” oleh ayah. Bermacam alasan aku bagi.. ‘Pipit’ belum ready lagi la.. Tak puas jadi kanak kanak la.. Padahal alasan sebenarnya sebab takut. Apa tak nya, barua mana entah kencing aku dekat sekolah kononnya ada kes orang mati time bersunat. Darah memancut-mancut keluar time sunat sampai abis kering darah satu badan, lalu mati di tempat kejadian. Aku pulak masa tu bodo bodo ayam lagi, boleh bantai percaya bulat-bulat.



Tapi ayah tak putus asa pujuk. Yela perkara wajib tak elok buat lambat2, ye dak?



“Potong awal2 lah, tunggu dah besar nanti liat”, yakin ayahku.



“Hmm” aku mengangguk perlahan.



“Lepas sunat, baru la jantan!”, kata ayah lagi.



“Oo habis tu Jimmy pun dah sunat la eh? Bila doktor potong, patutla tak nampak pun dia punya” tanyaku kembali merujuk kepada kucing jantan kat belakang rumah.



Belum sempat aku tomakninah (*sedut nafas) “Pang!” pelempang ayah singgah di pipiku. Mungkin soalan aku tadi terlalu di luar KBKK bapak aku hmm.



Pujuk punya pujuk, sembang punya sembang akhirnya aku bersetuju untuk menyerahkan mahkota kelelakian aku ini. Eh macam tak kena je ayat ni.



Sampai je di klinik, aku lihat beberapa orang ‘mangsa’ sedang duduk menunggu giliran. Muka masing2 masa tu, pehh pucat lesi takde darah langsung. Mata lak melilau tengok dinding klinik yang penuh dengan info info kesihatan. Sesekali terdengar bunyi budak menjerit dari dalam. Masa tu memang aku dah ready nak pecut lari balik rumah. Lantaklah kain pelikat nak terburai kat tengah jalan ke apa asalkan bebird aku selamat tapi genggaman kuat tangan ayah tak mampu aku nak lawan.



Tiba giliran aku masuk operation room, doktor suruh baring. Ayah pulak dah standby berdiri kat sebelah katil, in case aku buat perangai gila ke senang dia terus choke slam aku macam Undertaker wrestling tu.



Doktor kata “Adik pejam mata.. baca selawat banyak2 ya? ...”



Tapi aku tak pejam mata pun. Aku perati je setiap benda doctor tu buat. Awal-awal masa dia capai gunting, aku dah pesan siap-siap “Doktor bius lebih sikit eh”. Doktor tu senyum sambil terus mengerjakan kemaluan aku. Wah! Macam lucah pulak bunyi nya.



Lebih kurang 10 minit macam tu, gunting sana sini, jahit sana sini, Alhamdulillah semuanya settle. Tak la sakit mana pon. Sakit lagi rasanya tengok awek kita lari ikut crush dia ceyy. Masa keluar dari operation room, sengaja aku buat muka kerek dengan budak2 yang masih menunggu giliran kat luar. Konon2 nya nak cakap yang aku dah lulus ujian kelelakian ini kihkih.



Tapi ke’kerek’kan itu tidak berkekalan. Sampai je kat rumah, lencun berpeluh dahi ni. Kesan ubat bius doctor inject tadi dah abes. Pehh masa tu baru tahu rasa gigit kerengga dia macam mana. Orang cakap sunat ni tak sakit macam kena gigit kerengga je. Memang lah dah kerengga gigit ko kat lutut boleh la ko cakap tak sakit, cer try letak kerengga kat anu tengok kau terkinja kinja pergi jauh mana huh. Bila terlanggar dengan kain pelikat, pehh ngiluu. Macam kena karen beb!



Kengkawan yang datang melawat pun sekor-sekor perangai macam cilake. Ada yang nak campak kucing dalam kain pelikat. Mau nye kucing tu ingat friskies, tak ke naya je. Itu takpela, member2. Kang time diorang sunat, aku lak gi tengok friekies burung pipit diorg haha. Yang tak boleh belahnya bila kawan2 ayah kau pun sibuk datang melawat. Kalau datang nak tengok tu dia sorang je takpe jugak, ini siap bawak segala bini, mak mertua, opah, jiran sebelah rumah sekali.. Pastu semua nak tengok, konon nak tau bentan ke tak. Hawau tol. Baik aku bogel je.



Tapi yang syok nya, sepanjang tempoh berpantang tu, guwa dilayan macam raja beb! Nak makan apa, cakap je. Agak-agak tekak kering, cakap je “Mak, nak milo ais satu.”



Milo dinosaur terus mak aku bagi. Fuhh! Tak main aa air kosong. Pebarang.



Bila dah sembuh, “mak nak milo ais satu.”



“Wah! Banyak besar ko punya pangkat ??”




sedikit video supaya korang tau dia punya gabra macam mana :p



Sekian.


No comments:

Post a Comment