Musim cuti sekolah sudah tiba. Sebut je pasal cuti sekolah, murid2 lah makhluk paling gembira sekali. Apa taknya, takyah la sesusah lagi nak fikir kerja sekolah tak tiru kawan lagi, baju tak iron lagi, pastu nak dengar ayah membebel di pagi hari sebab kasut lupa nak kapur. Haa tu semua boleh dikatakan aktiviti rutin aku lah masa sekolah dulu haha. So time cuti sekolah ni lah masanya nak balas dendam main kat luar sampai hitam legam, tengok tv sampai lebam biji mata, korek duit tabung buat beli super ring sebab ayah memang tak bagi duit jajan time cuti. Pehh memori beteii. Tapi… terdapat satu golongan yang bila dengar je cuti sekolah, otomatik gelabah tak tentu pasal, jantung dubdabdubdab, mulut berbuih macam kena sawan malaria tapioca. Haa golongan tersebut adalah mereka2 yang belum potong.
Potong? Nak potong ape eh? Kenapa kena
potong? Putus tak?
Potong atau lebih sinonim dipanggil
bersunat/berkhatan di kalangan masyarakat melayu. Hukum berkhatan dalam islam
adalah wajib ke atas setiap lelaki. Ianya bertujuan untuk menjaga kebersihan
dan mengelakkan diri dari penyakit. Jangan tanya aku penyakit apa, aku sendiri
pun google je ayat atas ni.
Mengimbau kembali kenangan sewaktu aku
berkhatan dulu. Boleh dikatakan aku ni antara golongan paling liat la bila
diajukan pertanyaan “Engko bila nak sunat” oleh ayah. Bermacam alasan aku
bagi.. ‘Pipit’ belum ready lagi la.. Tak puas jadi kanak kanak la.. Padahal
alasan sebenarnya sebab takut. Apa tak nya, barua mana entah kencing aku dekat
sekolah kononnya ada kes orang mati time bersunat. Darah memancut-mancut keluar
time sunat sampai abis kering darah satu badan, lalu mati di tempat kejadian.
Aku pulak masa tu bodo bodo ayam lagi, boleh bantai percaya bulat-bulat.
Tapi ayah tak putus asa pujuk. Yela
perkara wajib tak elok buat lambat2, ye dak?
“Potong awal2 lah, tunggu dah besar nanti
liat”, yakin ayahku.
“Hmm” aku mengangguk perlahan.
“Lepas sunat, baru la jantan!”, kata ayah
lagi.
“Oo habis tu Jimmy pun dah sunat la eh?
Bila doktor potong, patutla tak nampak pun dia punya” tanyaku kembali merujuk
kepada kucing jantan kat belakang rumah.
Belum sempat aku tomakninah (*sedut nafas)
“Pang!” pelempang ayah singgah di pipiku. Mungkin soalan aku tadi terlalu di
luar KBKK bapak aku hmm.
Pujuk punya pujuk, sembang punya sembang
akhirnya aku bersetuju untuk menyerahkan mahkota kelelakian aku ini. Eh macam
tak kena je ayat ni.
Sampai je di klinik, aku lihat beberapa
orang ‘mangsa’ sedang duduk menunggu giliran. Muka masing2 masa tu, pehh pucat
lesi takde darah langsung. Mata lak melilau tengok dinding klinik yang penuh
dengan info info kesihatan. Sesekali terdengar bunyi budak menjerit dari dalam.
Masa tu memang aku dah ready nak pecut lari balik rumah. Lantaklah kain pelikat
nak terburai kat tengah jalan ke apa asalkan bebird aku selamat tapi genggaman
kuat tangan ayah tak mampu aku nak lawan.
Tiba giliran aku masuk operation room,
doktor suruh baring. Ayah pulak dah standby berdiri kat sebelah katil, in case
aku buat perangai gila ke senang dia terus choke slam aku macam Undertaker
wrestling tu.
Doktor kata “Adik pejam mata.. baca
selawat banyak2 ya? ...”
Tapi aku tak pejam mata pun. Aku perati je
setiap benda doctor tu buat. Awal-awal masa dia capai gunting, aku dah pesan
siap-siap “Doktor bius lebih sikit eh”. Doktor tu senyum sambil terus
mengerjakan kemaluan aku. Wah! Macam lucah pulak bunyi nya.
Lebih kurang 10 minit macam tu, gunting
sana sini, jahit sana sini, Alhamdulillah semuanya settle. Tak la sakit mana
pon. Sakit lagi rasanya tengok awek kita lari ikut crush dia ceyy. Masa keluar
dari operation room, sengaja aku buat muka kerek dengan budak2 yang masih
menunggu giliran kat luar. Konon2 nya nak cakap yang aku dah lulus ujian
kelelakian ini kihkih.
Tapi ke’kerek’kan itu tidak berkekalan.
Sampai je kat rumah, lencun berpeluh dahi ni. Kesan ubat bius doctor inject
tadi dah abes. Pehh masa tu baru tahu rasa gigit kerengga dia macam mana. Orang
cakap sunat ni tak sakit macam kena gigit kerengga je. Memang lah dah kerengga
gigit ko kat lutut boleh la ko cakap tak sakit, cer try letak kerengga kat anu
tengok kau terkinja kinja pergi jauh mana huh. Bila terlanggar dengan kain
pelikat, pehh ngiluu. Macam kena karen beb!
Kengkawan yang datang melawat pun
sekor-sekor perangai macam cilake. Ada yang nak campak kucing dalam kain
pelikat. Mau nye kucing tu ingat friskies, tak ke naya je. Itu takpela,
member2. Kang time diorang sunat, aku lak gi tengok friekies burung
pipit diorg haha. Yang tak boleh belahnya bila kawan2 ayah kau pun sibuk datang
melawat. Kalau datang nak tengok tu dia sorang je takpe jugak, ini siap bawak
segala bini, mak mertua, opah, jiran sebelah rumah sekali.. Pastu semua nak
tengok, konon nak tau bentan ke tak. Hawau tol. Baik aku bogel je.
Tapi yang syok nya, sepanjang tempoh
berpantang tu, guwa dilayan macam raja beb! Nak makan apa, cakap je. Agak-agak
tekak kering, cakap je “Mak, nak milo ais satu.”
Milo dinosaur terus mak aku bagi. Fuhh!
Tak main aa air kosong. Pebarang.
Bila dah sembuh, “mak nak milo ais satu.”
“Wah! Banyak besar ko punya pangkat ??”
sedikit video supaya korang tau dia punya gabra macam mana :p
Sekian.