~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Lama betul tunggu nak load page ni, aku siap sempat pergi pasar beli ikan singgah mamak pekena roti canai kuah banjir pastu balik rumah makan nasi tapi pinggan tak basuh sebab sabun habis pun masih tak habis load nye lagi. Haa nampak mcm membongak kan tapi itu la hakikatnya. Handphone dah mahal, laptop pun dah canggih tapi nak bukak Google Homepage pun masih terkemut kemut, kenapa eh?
Jawapannya ialah line anda yang lembab. Jangan disalahkan ibu mengandung, tapi servis perkhidmatan telco yang tidak efisyen lah punca kepada segala masalah. Tengah nak bagi pickupline kat crush, sekali line takde. Crush pun bosan pastu pi layan member kita lak. Hawau nyer crush. Tanya handphone masing2 berapa kali kita mencarut kat dia dalam sehari dek kerana masalah service slow, nescaya tak terjawab persoalan anda itu (**memang tak jawab la kan, henpon mano buleh cakap alahai ekau ni pun).
Ok melalut jauh sangat, so harini aku nak cerita pasal telco di Malaysia dan promotion mereka pada tahun 2016. Aku pun dalam perancangan nak bertukar pelan, so alang2 tu aku share sikit la apa yg aku jumpa. Haa kita mulakan dengan U-mobile, syarikat yang semakin mencipta nama. Promosi terbaru ia adalah P70.
Ok berdasarkan gambar di atas kita boleh melihat pelan yang dioffer. Bagi aku P70 ini adalah
paling padu berbanding telco lain.Bayar Rm 70 dapat 15GB. Pastu unlimited call to all networks. Fuhh fuhh dahtu camne nak habiskan kredit kalau call pun free kan. Haa jangan tanya aku sebab aku pun call orang guna wassap call je.
Tapi cons U-mobile ni line signal dia tak meluas and tak semua tempat ada. Bayar dah murah, kuota pun dah banyak tapi bila balik rumah internet lak takleh guna. Nak nak yang duduk ceruk luar bandar macam Seremban. Eh? Seremban bandar eh? Hehe
Next, Digi. Syarikat paling lejen. Digi ni pelik sikit dari yng lain.Kerana apa? Kerana dialah satu-satunya syarikat yang offer pelan gila-gila dekat pengguna. Ampa cuba bayang pelan untuk 1 hari ada mcm2 jenis. Sama macam pelan untuk minggu, jam, bulan.So kepada pengguna yang jenis tidak tetap pendirian dan suka mencuba, Digi ni memang sesuai dgn jiwa dan sanubari anda.
Digi telah membuat promosi daripada RM 98 menjadi RM78 .Sebanyak 7GB and unlimited call to all networks. Boleh activate 3 Buddyz number untuk unlimited sms. Pastu sekiranya anda ada gossip nak diceritakan kepada rakan anda tapi Internet 7GB sudah habis, anda still boleh lagi menggunakan internet tapi terhad kepada WhatsApp dan Wechat sahaja. Jangan risau, bergossip la kau sampai muntah. Ini adalah untuk pelan Postpaid. Manakala untuk pelan prepaid adalah RM 88 7.5GB .Ini adalah untuk sim Digi Best.
Cons: Digi ni pun sama macam U-mobile. Line signal dia masih terhad di beberapa kawasan. Perlu upgrade line signal and promotion kalau nak mencabar Celcom.
Yang terakhir ialah Celcom. Syarikat telco paling berpengaruh dalam Malaysia. Siapa tidak kenal Celcom, ibarat anda tidak kenal Najib si pemimpin paling amanah jujur fathonah.
Pelan terbaru Celcom untuk tahun 2016 iatu pelan Celcom First Gold. Ini adalah terbaik pada masa ini. Pelan ini adalah pelan Postpaid yang berharga Rm 80.Celcom bagi 5GB data untuk sebulan dan juga 5GB data untuk hari minggu(1.25 hari sabtu ahad x 4 minggu=5GB). Haram jadah kedekut jugak Celcom ni patutnya bagi la 1.25GB untuk ahad dan 1.25 GB untuk sabtu. Ni tak 1.25 GB untuk 2 hari maknanya .1.25/2(sabtu ahad)=0.625GB.Puihh..
Manakala pelan prepaid Celcom yang terbaik semestinya burung hantu pada pukul 1 pagi smpai pukul 7 pagi yang mana anda boleh download sampai muntah hijau, langgan Rm 88 anda dapat 8GB 88 min call 88 .Ini adalah terbaik untuk pelan prepaid. Sambil layan burung hantu sambil layan 8GB data pada waktu siang.
Cons: Mahal nokharom
Kesimpulannya, langgan lah ikut kemampuan dan keperluan masing2. Kalau jenis hari hari nak layan drama Surirumah Mr Pilot pa jadah tu suma tu, takpun kaki game online main sampai subuh aku syorkan amik pelan yang berkuota besar macam Celcom burung hantu. Tepuk dada tanya dompet, jangan nanti bila dah langgan tiap2 bulan tepuk kepala. Haa sekian.
**content banyak copy paste blog/website sebab aku pun tak faham apa aku baca huhuhu
No comments:
Post a Comment