Friday, 28 November 2014

Aku dan Stokin

.... raksasa jahat tu ada 3 tanduk. Dia pun menikam ultraman dengan salah satu tanduk beliau. Ultraman cedera dan tak mampu nak berlawan lagi. Lampu di dada Ultraman dah berkelip kelip. Aku dan rakyat jelata hanya mampu melihat saat2 kematian ultraman dari jauh. Tiba-tiba kedengaran suara Ultraman dalam kepala otak aku yang berkata, "Kau adalah Ultraman" . Aku pun tanpa membuang masa membuat gaya berpusing pusing tangan sambil menjerit "Bertukaaarr !!!" . Tidak ku sangka selama ini aku adalah adik kepada Ultraman yang mati tadi. Aku pun menumbuk raksasa jahat tu bertubi-tubi. Pastu aku membuat flying kick dari udara dengan bantuan naga Kamen Rider Ryuki. Pastu....

............................................................................................................

Eh dah muncul dah? Lama bebenor nunggu nak login dalam blog ni. Almaklumlah, guna broadband aje. Tak selaju cable internet lestari huhu. Guwa siap sempat berfikir pasal ekonomi dan kewangan negara masa tunggu blog ni loading tadi. Serious. Guwa pikir acaner nak majukan ekonomi negara melalui penjualan penutup botol kicap jenama kipas udang Afrika. Takkan laa guwa nak berangan pasal ultraman lawan raksasa pulak kan. Umur guwa dah 21 tahun kot. Dah matang. Puhlishhh :p


Okay post kalini guwa mau story pasal satu benda yang dari kecik memang banyak bawak masalah dalam hidup guwa sebagai seorang jejaka rebutan gadis gadis. Nak cakap anti dgn benda tu tak jugak sebab kekadang aku guna gak. Tapi benda ni boleh dikategorikan sebagai antara perkara yang aku menyampah dalam hidup aku lah. Benda berkenaan yang tak lain dan tak bukan adalah stokin. Ye stokin. Aku paling menyampah dengan stokin sampaikan aku taktahu pun ejaan sebenar dia, stokin atau stoking?


Aku hampir-hampir tak lulus SPM disebabkan stokin. Ini cerita betul aku tak tipu. SPM 2011. Masa tu paper BM ke BI ntah. Kertas 2. Pagi tu hujan. So bila pagi hujan, means kasut pun basah la kan sebab terpijak lopak air. Nak dijadikan cerita ni nampak cliche, stokin aku basah masa aku nak pi dewan peperiksaan. Tapi guwa rilek je sebab dah terbiasa gi kelas tak pakai stokin kehkeh. Stokin lebih? Haha takpayah tanya lahhhh.. Lelaki kan. Semua benda ada satu je. Aku dulu uniform sekolah pun ada sepasang je. Itupun guna dari form3 sampai form5. Kahkah!

So aku pun dgn muka selamba masuk ke dalam dewan dengan hanya berkasut tanpa stoking. Mulanya ingat takda sapa perasan. Sekali ada sorang pengawas peperiksaan tu ternampak kaki guwa yang sedang bogel tatkala itu. Guwa pun dengan tersipu sipu ayunya menarik seluar sekolah ke bawah agar dapat menutup kaki yang terselak itu. Disebabkan aku hero dlm ini cerita, so mestilah dugaan datang bertimpa timpa kat aku kan, takkan dekat cik kiah karipap lak. Pengawas tu pun apa lagi memekik la dia panggil aku ke luar. Aku dgn muka sememeh pun pegi lerr membontoti beliau. Macam2 dia tanya apsal tak pakai stokin takde stokin lebih kenapa tak pinjam kawan blablabla. Hm ade la jugak dlm 7-8 minit sesi soal siasat tu disertakan dgn nasihat dan nilai2 murni dicurahkan terhadap aku yang tak berstokin ini. End up dia aku lewat jwb paper tu 10 minit. Nasib baik result dapat A, kalau tak memang aku cari pengawas tu tuntut balik 10 minit hidup aku yg dia bazirkan. Luls.


So itula dia sebahagian kisah kebencian aku terhadap makhluk hapak bernama stokin. Atau stoking. Atau stokin. Ish stress lahh mana satu ejaan yg betul -_-"
Sebenarnya banyak lagi kisah dia, kat U ni lagi banyak masalag dgn stokin tp sorila aku dah malas nak taip. Guna phone je kot, tu pasal takleh insert gamba. Hm nantilah...

Monday, 24 November 2014

UTeM ?

Assalamualaikum. Finally after a year ++ aku baru teringat pasal blog nih. huihui. Sorry sebab dah lama sangat tak hapdate kat blog ni. Busy mungkin, atau aku mula terasa kematangan dalam hidup dan tak mampu nk buat cite mngarut mcm dulu. Cewaaahh :p

Well sebenarnya banyak benda yg berlaku sepanjang tempoh setahun lebih ni. InsyaAllah aku cuba coretkan jugak kat blog ni kalau aku ada masa. Retiss kan, mana ada free time selalu. Huehue.

So lepas je habis matrik, aku dapat tawaran masuk ke UTeM di Melaka. Dapat lak course Artificial Intelligence kau. Mau berbelit lidah nak monyobut eh. Mak aku pun apa lagi, bangga kemain lah beliau anak dia dapat course yang buleh buat lidah semorang jadi cramp bile sebut. Course rare lah konon2 nya, padahal.. Hahah

Nak story first impression pasal UTeM ni payah sikit kot sebab skrg dah sem 3. Aku pun dah lupa apebenda yg aku pikir pasal UTeM masa sem 1 dulu. Nak cakap pasal aweks tak jugak so aku skip terus ke sem 3 jelah eh.

Haa btw bile sebut pasal aweks, kepada jejaka2 lepasan matrik, diploma, form 6 mahupun foreigner student sekalipun, bila dapat tawaran masuk UTeM ni toksah la kome2 gatai tangan post status "tulang rusuk tak sabor nak bergetar" bagai kat fb, twitter, keek mahupun moments Wechat sebab guwa buleh gerenti lu, bertimbun lagi tulang rusuk kat sini yang masih setia bergetar walaupun sudah final year. Kahkah! 60% UTeM dibanjiri oleh lelaki2 bulu kaki berpintal berbanding 30% perempuan. Tak caye? Haa bace ni


Rasanya tak perlu kot untuk aku debatkan kenapa lelaki kurang di kebanyakan ipta sebab mostly lelaki further study ke obersi mungkin? Lol okey aku tipu. So kepada gadis2 yang masih tercari cari chenta hati tu kat luar sana tu, dah boleh lah start isi nama UTeM banyak2 masa mohon UPU nanti. Confirm, toksah risau pasal nak beli mekap gincu shawl 8 jenis kaler bagai. Hang pi kelaih pakai capal, tudung herot berot tak iron pun still menjadi diva buat jejaka UTeM naa.. Tudiaaa.. Kehkeh


Kepada mahasiswa2 UTeM (*termasuk aku sendiri), mohon bertabah la ye. Buat yang berjaya men'tackle awek kat UTeM, guwa salute lu bro. Ramai lagi jantan2 kacak dari lu tapi pompuan tu pilih lu jugak. Hahah lol

K. Penat. Ni tak masuk cerita pasal ayam lagi. Len kali ahh. Choww~