Ramai bertanya aku ni pendiam ke? Muka aaron aziz tapi
sombong? Dalam mulut ada emas sampai takut nak bukak? Haha lebih kurang macam
tu lah persepsi orang kalau pertama kali jumpa aku. Aku memang jenis diam je
bila first time jumpa dengan orang, lebih2 lagi kalau perempuan. Pehh kalau aku
tegur tu, ko patut melompat kegirangan takpun buat sujud syukur lah sebab
memang jarang sangat aku yang tegur perempuan dulu. Haa. Tapi nak tau tak sebab
sebenarnya aku berperangai umpama beruk kunyah belacan ni. Sebab. . .
Aku pelat.
Bukan lepat. Pelat. Lepat tu yang korang makan cicah
dengan air kopi petang2. Pelat ni lain. Pelat didefinisikan sebagai mereka2
yang mengalami masalah kesukaran menyebut sesuatu huruf atau perkataan dengan
sebutan yang betul dan sempurna. Pelat ni bukan boleh buat main. Moral boleh
down woo kalau kena bahan, lagi2 yang bahan tu awek yang kite tengah try. Pehhh
syahdu.
Pelat ada banyak jenis. Ada golongan yang pelat huruf
R, huruf S, huruf F etc. Ada jugak golongan yang pelat nak cakap melayu, acah
bila buat status mesti nak English. Konon kalau tulis English, otomatik ayat tu
akan jadi lebih deep dan padu menusuk kalbu. Padahal guna Google Translate je
pun, tu pun grammar masih kelaut. Haha. Golongan ni banyak boleh dijumpai di
Wechat. Very lucky I long long time not play wechat wootwoot.
Ok berbalik pada cerita tadi, aku ni tergolong dalam
golongan yang pelat huruf R. Kiranya aku ni macam Lisa Surihani la tapi versi
lelaki kuikui “Rrrrredha itu pasghah, pasghah itu berrrrseghah”. Haa. Bila
dengar rasa macam nak sepuk pun ada kan, sebut R ke buat bunyi machine gun. Itu
takpa lagi, orang pelat S lagi laa, macam ada air liur bertakung segelen kat
tekak huhu. Sssshhhsshshhh..
Aku paling menyampah kalau ada sesi taaruf atau sesi memperkenalkan diri, sebab time tu mesti kena sebut nama penuh. Nama aku dah la ada 2 kali huruf R. Bila sampai part R, aku akan sebut slow sikit segan woi. Tapi nanti mula lah masing2 buat muka sememeh pastu suruh aku ulang “Haa padiaa tak dengar la”. Hawau tol.
Di sini aku kongsikan satu entry yang aku jumpa dari
blog IIUM Confession. Penulisan aku mungkin lebih kepada main-main dan tak
serius, tapi penulisan akak ni betul-betul menyentuh hati wa cakap lu. Rasa
macam tengah tengok sinetron sambil kupas kulit bawang depan laptop pun ada gak
huhu. Try baca
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . .
Assalamualaikum and very good day to all readers..
Nama aku Yaya bukan nama sebenar. Apa yang aku nak sampaikan ni merupakan
pengalaman dan apa yang aku rasa selama aku membesar disekeliling
manusia-manusia yang terdiri daripada pelbagai jenis perangai. Sebelum tu nak
bagitahu yang aku bukan student uia. Aku student u tak uia..
Umur aku awal 20-an dan aku merupakan seorang yang
pelat huruf ‘R’. Bermakna aku tak boleh sebut huruf ‘R’ dengan betul selama
lebih 20 tahun dah. Mungkin apa yang aku nak katakan disini akan menjadi suara
kepada orang-orang yang seumpama aku sama ada pelat R, S D, T atau apa-apa
huruf sekalipun.
So aku mulakan disini.
Kepada mereka yang boleh sebut kesemua 26 huruf dengan
lancar, flawless, tak terbelit lidah semua tu kalau korang ada kawan yang macam
aku, tolong jaga hati kami. Dengan apa? dengan tidak mengajukkan semula apa
yang kami cakap. Sebab benda tu yang sebenarnya akan down kan lagi keyakinan
kami untuk bercakap di khalayak ramai. Sebagai contoh, masa sekolah menengah
dulu aku menangis gila-gila sebab kawan-kawan sekelas aku paksa aku untuk sebut
balik perkataan demi perkataan yang aku cakap. Sebenarnya benda tu tak teruk
sangat, yang jadi teruknya bila aku sebut semula kemudian tu diaorang ketawa
macam perkara tu kelakar sangat. Kadang2 tu ada yang sengaja ajuk perkataan
yang pelat tu.. Contohnya aku sebut ‘Hari ni hari Rabu.’ karang akan ada yang
cakap ‘Harghi ni harghi Ghrabu..’ dan lebih menyakitkan hati bila R yang aku
sebut tu tak seteruk R yang diaorang sebut..
Baru2 ni lecturer aku pernah timbulkan issue pelat R
dalam kelas, dia tanya ada tak dalam kelas tu yang pelat R atau huruf apa2 pun.
And of course lah aku tak angkat tangan even kawan2 sebelah aku dah tolak2
tangan aku suruh angkat. Dan yang aku tahu dalam kelas aku tu ada beberapa lagi
student yang pelat macam aku, tapi tak ada sorang pun yang angkat tangan. Sebab
apa? Sebab kami malu.. Bila tak ada yang angkat tangan, lecturer aku tu pun
cakap yang dia tak suka dengar orang yang pelat2 ni bercakap sebab pada dia,
orang tu annoying bila sebut tak betul. Dan semestinya aku kecik hati tang tang
tu jugak. Aku bukan nak burukkan lecturer aku, tidak sama sekali. Aku cuma nak
betulkan pemikiran mereka yang fikir kami macam tu.
Aku pelat dari kecil.. Bukan aku tak ada usaha untuk
betulkan sebutan aku. Ada. Selalu. Tapi belum menjadi. Mungkin In Sha Allah
satu hari nanti.. Orang gelakkan, orang ejek, orang ajuk tu perkara biasa. Tapi
walaupun biasa, sampai sekarang aku sedih bila orang anggap yang pelat tu
sebagai satu kecacatan besar dalam diri seseorang. Kawan yang rapat dengan aku
pun bila aku sebut ‘Rabu’ tergeliat lidah sikit dan bila dia tanya ‘Apa yang
bu?’ aku dah sedih, inikan lagi orang2 yang aku baru jumpa.
Kepada semua orang yang baca ni aku nak sangat korang
kalau boleh jangan pandang atau buat reaksi yang akan membuatkan kami ni rasa
terhina atau merendah diri tiap kali kami sebut huruf tak betul. Kami tak
pernah nak untuk jadi pelat! Korang tak pernah tahu bertapa sakit dan kebasnya
lidah bila kadang2 tu paksa lidah untuk tahan biar pelat R tu tak berapa nak
dengar sangat. Dan kadang2 tu sengaja hilangkan bunyi R sebab tak nak bagi
korang semua sedar ketidaksempurnaan huruf R kami tu.
Sumpah, walaupun kadang2 tu menjadi tumpuan orang
sebab perbezaan tu, tapi kami tetap rasa sedih.. Siapa yang bahagia bila pelat
kan?
Korang cuma tahu ketawa je bila dengar kami salah
sebut. Sedangkan kami makan hati sebeb pelat tu banyak bagi kekurangan dekat
kami semua. Bacaan dalam sembahyang pun jadi tak betul sebab pelat ni. Yang
sepatutnya bunyi ‘Ro’ tapi kami sebut dah macam bunyi ‘Ghren’. Dan sebab itulah
kami yang pelat ni tak boleh jadi Imam dalam mana2 solat berjemaah kalau ada
orang lain yang boleh sebut dengan baik.. Kadang2 tu nak nyanyi depan member
pun jadik segan.. Serius, benda ni mengecewakan kami.. So janganlah tambahkan
lagi rasa kecewa kami tu..
Tu je sebenarnya nak kongsi.. Tak panjang mana pun.
Cuma mintak korang faham je apa yang kami rasa bila sebut tak betul. Kalau ada
kawan yang pelat ni, bila dengar, kalau boleh buat2 lah tak dengar. Jangan
suruh dia sebut semula pulak.. Tu umpama macam kau jumpa orang kudung sebelah
kaki jalan guna tongkat, kau ambil tongkat dia, lepastu kau suruh dia jalan
macam biasa. Perkara tu mustahil kan?? Macam tu jugak kami.. Dari kecil pelat,
tak kan disebabkan kau suruh sebut semula je terus boleh baik.. Daripada hina,
kan lagi baik doakan…
Tu je.. Terima kasih baca tulisan yang ayat tak berapa
nak tersusun ni.. Dan sehubungan dengan itu, kut2 korang ada tips macam mana
nak hilangkan pelat, meh lah kongsi. Dan itu sangat dihargai. Thanks in
advance. heee..~
– Yaya
http://www.iiumc.com/aku-pelat-huruf-r/