Monday, 26 December 2016

God, Why Didn't You Help Me?


There was a man who was drowning in a lake. Then came a boat, and the man on the boat asked “Do you need help?” but the drowning man said “God will save me”. Then another boat came and tried to help the drowning man, but he said “God will save me”, then he drowned and went to Heaven. Then the man asked God, “God why didn’t you save me?” and God said “I sent you two boats, you idiot!”

The Pursuit of Happiness (2006)




Highlighted point here, God’s help comes in various way and method. Sometimes we asked to be rich, but God gave us a good health instead of money, so we’ll learn that what the point is of become rich but had to spent a lot of money treating sickness. Be grateful, because everything we have now is a gift from God.



Done dakwah. Huhu

Monday, 5 December 2016

Aku Seekor Lalat



Namaku lalat. Aku berasal dari spesis Musca Domestica atau Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di seluruh dunia.


Hari ini genap usia ku 8 hari. Dalam kehidupan seekor lalat, pada usia sebegini aku sudah dianggap dewasa. Sudah bujang trang tangtang. Aku menamatkan sekolah rendah pada usia ku 2 hari dan sekolah menengah pada usia 4 hari. Dan 2 hari kelmarin, aku baru sahaja dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan Sampah Sarap. Tak ada pun konvokesyen pakai jubah baling2 topi, cuma ambil ijazah di tepi tong sampah sahaja.


Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Ternampak seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Memakai baju ketat di tubuh badan dan mendedahkan sebahagian dada nya. Aku berehat sebentar di atas bahunya kerana penat berterbangan tanpa hala tuju. Malangnya aku dihalau dengan libasan tangan sambil mulutnya memaki hamun aku.


“Celaka punya lalat ! Aku bukan main cantik macam ni pun kau nak hinggap ke!”, jerkah perempuan itu.


Aku dihina sebegitu rupa seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku adalah serangga. Walaupun aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus merbahaya tetapi bukan kah itu lumrah diriku. Bukan ku pinta dilahirkan kotor sebegini. Seberapa ketika kemudian aku melihat perempuan itu dipimpin masuk oleh seorang lelaki ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor!


Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan perasaan campur baur di dalam hati. Aku terbang lagi mengembara di atas bumi Tuhan ini. Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan humban ke dalam tong sampah. Hinakah aku? Rezeki yang Tuhan beri kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan kepada aku. Siapa yang lebih hina? Aku tidak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan ku, kami berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tangan ku sebelum menjamah makananmu, tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung tidak membasuh tangan.


Bunyi bising hon kenderaan di jalan menghentikan lamunan ku, aku teruskan perjalanan ku lagi. Terbang melata mencari sisa-sisa makanan. Aku singgah sebentar di sebuah tong sampah belakang sebuah rumah. Deria rasa pada kaki-kakiku memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan. Ada juga yang masih elok untuk dimakan oleh kalian. Tapi kalian buang. Alhamdulillah. Sudah rezeki aku.


Ketika makan, mata lalatku terlihat pada sehelai keratan akhbar. Walaupun kabur, masih mampu ku baca sebaris dua. Isi beritanya memualkan aku. Remaja dirogol rakan, bapa bunuh anak,bayi diculik, rasuah berleluasa etc. Cerita hampir sama ku baca sepanjang hayat ku 8 hari ini. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat aku tak ada berita-berita tu semua. Apa yang aku biasa dengar hanyalah berita kematian lalat yang dipukul dengan sadis sehingga terburai isi perut, kematian lalat yang kesesakkan nafas akibat disembur racun acid/Ridsect atau kematian lalat hangus rentung akibat renjatan elektrik pada perangkap ultra violet. Jarang sekali ku dengar berita kematian lalat akibat sakit tua. Berita di akhbar itu memualkan aku. Kalian memang memualkan aku. Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.


Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh dengan bermacam-macam tohmahan. Aku tidak pernah berak di atas badan kalian tetapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi aku? Ironinya, bila tahi itu berada di penjuru bibir kalian dikatakan manis. Tapi bila ianya berada di tempat yang tidak membuatkan kalian cantik, kalian menghina sehingga ada yang sanggup membuat pembedahan membuang tahi lalat. Bukankah itu satu kurniaan Tuhan?


Kenapa bila kalian pening-pening dikatakan sebagai pening-pening aku? Dan kenapa juga aku dijadikan perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Kenapa aku? Jijik sangat kah aku?


Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi membelah awan. Tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan. Dengan sayap-sayap kecil ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku cuma mampu hidup selama 40 hari tetapi sudah memadai untuk aku mengenal sifat kalian yang bernama manusia. Tatkala kalian memperjudikan nyawa berlumba di atas jalanraya dengan motosikal, aku cuba menghargai setiap hari hayatku dengan menghindari kawasan kalian. Semakin ramai manusia di kawasan itu bermakna semakin tinggi risiko kematian ku.


Cuaca panas terik memaksa aku berehat sebentar di sebuah tingkap cermin sebuah bangunan. Kelihatan di dalam ramai manusia berpakaian kemas sedang sibuk membuat kerja-kerja pejabat. Mata lalat ku terpandang pada sebuah komputer yang terbuka dan seseorang sedang mengadapnya dengan penuh konsentrasi. Aku cuba membaca apa yang terpapar pada skrin komputer berkenaan.


“ Ah~ blog Jalsaengginnamja, dengan terdapat sebuah catatan Aku Seekor Lalat di penjuru atas skrin. Apa kejadahnya budak ni taip pasal seekor lalat? Tak ada kerja lain kah? Boss dia tahu atau tidak yang dia sedang berpura-pura bekerja? Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat kerja dan bukannya menulis blog pasal lalat. Budak intern mungkin..” bisik hati lalat ku.


Manusia, manusia..
Mungkin dia musykil bagaimana kehidupan ku, atau dia cuba berfikir dari sudut seekor lalat. Menarik sangat kah cerita seekor lalat? Entah lah.. Aku pun berpaling untuk pergi meninggalkan situ. Tiba-tiba badan ku seakan direntap oleh sesuatu.
Sesuatu... yang... berlendir...


Lidah?..


Begitulah kisah ku sebagai seekor lalat. Aku terlalu asyik memikirkan tentang manusia dan sikap mereka sehingga aku terlupa hukum alam yang sebenar. Cuba mengelak sehabis baik dari kerakusan sifat manusia tapi ke dalam mulut cicak jua akhirnya.


~Lalat~ (29/11/2016 – 6/12/2016)



**berdasarkan kisah sebenar.

Wednesday, 23 November 2016

Potong


Musim cuti sekolah sudah tiba. Sebut je pasal cuti sekolah, murid2 lah makhluk paling gembira sekali. Apa taknya, takyah la sesusah lagi nak fikir kerja sekolah tak tiru kawan lagi, baju tak iron lagi, pastu nak dengar ayah membebel di pagi hari sebab kasut lupa nak kapur. Haa tu semua boleh dikatakan aktiviti rutin aku lah masa sekolah dulu haha. So time cuti sekolah ni lah masanya nak balas dendam main kat luar sampai hitam legam, tengok tv sampai lebam biji mata, korek duit tabung buat beli super ring sebab ayah memang tak bagi duit jajan time cuti. Pehh memori beteii. Tapi… terdapat satu golongan yang bila dengar je cuti sekolah, otomatik gelabah tak tentu pasal, jantung dubdabdubdab, mulut berbuih macam kena sawan malaria tapioca. Haa golongan tersebut adalah mereka2 yang belum potong.




Potong? Nak potong ape eh? Kenapa kena potong? Putus tak? 



Potong atau lebih sinonim dipanggil bersunat/berkhatan di kalangan masyarakat melayu. Hukum berkhatan dalam islam adalah wajib ke atas setiap lelaki. Ianya bertujuan untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan diri dari penyakit. Jangan tanya aku penyakit apa, aku sendiri pun google je ayat atas ni. 



Mengimbau kembali kenangan sewaktu aku berkhatan dulu. Boleh dikatakan aku ni antara golongan paling liat la bila diajukan pertanyaan “Engko bila nak sunat” oleh ayah. Bermacam alasan aku bagi.. ‘Pipit’ belum ready lagi la.. Tak puas jadi kanak kanak la.. Padahal alasan sebenarnya sebab takut. Apa tak nya, barua mana entah kencing aku dekat sekolah kononnya ada kes orang mati time bersunat. Darah memancut-mancut keluar time sunat sampai abis kering darah satu badan, lalu mati di tempat kejadian. Aku pulak masa tu bodo bodo ayam lagi, boleh bantai percaya bulat-bulat.



Tapi ayah tak putus asa pujuk. Yela perkara wajib tak elok buat lambat2, ye dak?



“Potong awal2 lah, tunggu dah besar nanti liat”, yakin ayahku.



“Hmm” aku mengangguk perlahan.



“Lepas sunat, baru la jantan!”, kata ayah lagi.



“Oo habis tu Jimmy pun dah sunat la eh? Bila doktor potong, patutla tak nampak pun dia punya” tanyaku kembali merujuk kepada kucing jantan kat belakang rumah.



Belum sempat aku tomakninah (*sedut nafas) “Pang!” pelempang ayah singgah di pipiku. Mungkin soalan aku tadi terlalu di luar KBKK bapak aku hmm.



Pujuk punya pujuk, sembang punya sembang akhirnya aku bersetuju untuk menyerahkan mahkota kelelakian aku ini. Eh macam tak kena je ayat ni.



Sampai je di klinik, aku lihat beberapa orang ‘mangsa’ sedang duduk menunggu giliran. Muka masing2 masa tu, pehh pucat lesi takde darah langsung. Mata lak melilau tengok dinding klinik yang penuh dengan info info kesihatan. Sesekali terdengar bunyi budak menjerit dari dalam. Masa tu memang aku dah ready nak pecut lari balik rumah. Lantaklah kain pelikat nak terburai kat tengah jalan ke apa asalkan bebird aku selamat tapi genggaman kuat tangan ayah tak mampu aku nak lawan.



Tiba giliran aku masuk operation room, doktor suruh baring. Ayah pulak dah standby berdiri kat sebelah katil, in case aku buat perangai gila ke senang dia terus choke slam aku macam Undertaker wrestling tu.



Doktor kata “Adik pejam mata.. baca selawat banyak2 ya? ...”



Tapi aku tak pejam mata pun. Aku perati je setiap benda doctor tu buat. Awal-awal masa dia capai gunting, aku dah pesan siap-siap “Doktor bius lebih sikit eh”. Doktor tu senyum sambil terus mengerjakan kemaluan aku. Wah! Macam lucah pulak bunyi nya.



Lebih kurang 10 minit macam tu, gunting sana sini, jahit sana sini, Alhamdulillah semuanya settle. Tak la sakit mana pon. Sakit lagi rasanya tengok awek kita lari ikut crush dia ceyy. Masa keluar dari operation room, sengaja aku buat muka kerek dengan budak2 yang masih menunggu giliran kat luar. Konon2 nya nak cakap yang aku dah lulus ujian kelelakian ini kihkih.



Tapi ke’kerek’kan itu tidak berkekalan. Sampai je kat rumah, lencun berpeluh dahi ni. Kesan ubat bius doctor inject tadi dah abes. Pehh masa tu baru tahu rasa gigit kerengga dia macam mana. Orang cakap sunat ni tak sakit macam kena gigit kerengga je. Memang lah dah kerengga gigit ko kat lutut boleh la ko cakap tak sakit, cer try letak kerengga kat anu tengok kau terkinja kinja pergi jauh mana huh. Bila terlanggar dengan kain pelikat, pehh ngiluu. Macam kena karen beb!



Kengkawan yang datang melawat pun sekor-sekor perangai macam cilake. Ada yang nak campak kucing dalam kain pelikat. Mau nye kucing tu ingat friskies, tak ke naya je. Itu takpela, member2. Kang time diorang sunat, aku lak gi tengok friekies burung pipit diorg haha. Yang tak boleh belahnya bila kawan2 ayah kau pun sibuk datang melawat. Kalau datang nak tengok tu dia sorang je takpe jugak, ini siap bawak segala bini, mak mertua, opah, jiran sebelah rumah sekali.. Pastu semua nak tengok, konon nak tau bentan ke tak. Hawau tol. Baik aku bogel je.



Tapi yang syok nya, sepanjang tempoh berpantang tu, guwa dilayan macam raja beb! Nak makan apa, cakap je. Agak-agak tekak kering, cakap je “Mak, nak milo ais satu.”



Milo dinosaur terus mak aku bagi. Fuhh! Tak main aa air kosong. Pebarang.



Bila dah sembuh, “mak nak milo ais satu.”



“Wah! Banyak besar ko punya pangkat ??”




sedikit video supaya korang tau dia punya gabra macam mana :p



Sekian.


Thursday, 17 November 2016

Alah Membeli, Alah Memakai ?


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Lama betul tunggu nak load page ni, aku siap sempat pergi pasar beli ikan singgah mamak pekena roti canai kuah banjir pastu balik rumah makan nasi tapi pinggan tak basuh sebab sabun habis pun masih tak habis load nye lagi. Haa nampak mcm membongak kan tapi itu la hakikatnya. Handphone dah mahal, laptop pun dah canggih tapi nak bukak Google Homepage pun masih terkemut kemut, kenapa eh?


Jawapannya ialah line anda yang lembab. Jangan disalahkan ibu mengandung, tapi servis perkhidmatan telco yang tidak efisyen lah punca kepada segala masalah. Tengah nak bagi pickupline kat crush, sekali line takde. Crush pun bosan pastu pi layan member kita lak. Hawau nyer crush. Tanya handphone masing2 berapa kali kita mencarut kat dia dalam sehari dek kerana masalah service slow, nescaya tak terjawab persoalan anda itu (**memang tak jawab la kan, henpon mano buleh cakap alahai ekau ni pun).


Ok melalut jauh sangat, so harini aku nak cerita pasal telco di Malaysia dan promotion mereka pada tahun 2016. Aku pun dalam perancangan nak bertukar pelan, so alang2 tu aku share sikit la apa yg aku jumpa. Haa kita mulakan dengan U-mobile, syarikat yang semakin mencipta nama. Promosi terbaru ia adalah P70.



Ok berdasarkan gambar di atas kita boleh melihat pelan yang dioffer. Bagi aku P70 ini adalah
paling  padu berbanding telco lain.Bayar Rm 70 dapat 15GB. Pastu unlimited call to all networks. Fuhh fuhh dahtu camne nak habiskan kredit kalau call pun free kan. Haa jangan tanya aku sebab aku pun call orang guna wassap call je.


Tapi cons U-mobile ni line signal dia tak meluas and tak semua tempat ada. Bayar dah murah, kuota pun dah banyak tapi bila balik rumah internet lak takleh guna. Nak nak yang duduk ceruk luar bandar macam Seremban. Eh? Seremban bandar eh? Hehe


Next, Digi. Syarikat paling lejen. Digi ni pelik sikit dari yng lain.Kerana apa? Kerana dialah satu-satunya syarikat yang offer pelan gila-gila dekat pengguna. Ampa cuba bayang pelan untuk 1 hari ada mcm2 jenis. Sama macam pelan untuk minggu, jam, bulan.So kepada pengguna yang jenis tidak tetap pendirian dan suka mencuba, Digi ni memang sesuai dgn jiwa dan sanubari anda.




Digi telah membuat promosi daripada RM 98 menjadi RM78 .Sebanyak 7GB and unlimited call to all networks. Boleh activate 3 Buddyz number untuk unlimited sms. Pastu sekiranya anda ada gossip nak diceritakan kepada rakan anda tapi Internet 7GB sudah habis, anda still boleh lagi menggunakan internet tapi terhad kepada WhatsApp dan Wechat sahaja. Jangan risau, bergossip la kau sampai muntah. Ini adalah untuk pelan Postpaid. Manakala untuk pelan prepaid adalah RM 88  7.5GB .Ini adalah untuk sim Digi Best.

Cons: Digi ni pun sama macam U-mobile. Line signal dia masih terhad di beberapa kawasan. Perlu upgrade line signal and promotion kalau nak mencabar Celcom.


Yang terakhir ialah Celcom. Syarikat telco paling berpengaruh dalam Malaysia. Siapa tidak kenal Celcom, ibarat anda tidak kenal Najib si pemimpin paling amanah jujur fathonah.


Pelan terbaru Celcom untuk tahun 2016 iatu pelan Celcom First Gold. Ini adalah terbaik pada masa ini. Pelan ini adalah pelan Postpaid yang berharga Rm 80.Celcom bagi 5GB data untuk sebulan dan juga 5GB data untuk hari minggu(1.25  hari sabtu ahad x 4 minggu=5GB). Haram jadah kedekut jugak Celcom ni patutnya bagi la 1.25GB untuk ahad dan 1.25 GB untuk sabtu. Ni tak 1.25 GB untuk 2 hari maknanya .1.25/2(sabtu ahad)=0.625GB.Puihh..

Manakala pelan prepaid Celcom yang terbaik semestinya burung hantu pada pukul 1 pagi smpai pukul 7 pagi yang mana anda boleh download sampai muntah hijau, langgan Rm 88 anda dapat 8GB 88 min  call 88 .Ini adalah terbaik untuk pelan prepaid. Sambil layan burung hantu sambil layan 8GB data pada waktu siang.

Cons: Mahal nokharom


Kesimpulannya, langgan lah ikut kemampuan dan keperluan masing2. Kalau jenis hari hari nak layan drama Surirumah Mr Pilot pa jadah tu suma tu, takpun kaki game online main sampai subuh aku syorkan amik pelan yang berkuota besar macam Celcom burung hantu. Tepuk dada tanya dompet, jangan nanti bila dah langgan tiap2 bulan tepuk kepala. Haa sekian.



**content banyak copy paste blog/website sebab aku pun tak faham apa aku baca huhuhu

Monday, 19 September 2016

Couple 5 Minit



Haa baca tajuk pun dah menarik kan, itu belum lagi hangpa yang mengalaminya, experienced it by yourself orang putih kata huihui. Nak cerita dia punya eksaited tu, sampai je rumah dengan beg campak kemana stokin pun bukak sebelah je, aku terus taip post ni. Haa eksaited kan eksaited kan. Awek lawa broo, sapa tak eksaited. Ceritanya begini. Cer citer cer citer... (*tangan usop wilcha)


Petang tu baru lepas habis kelas, dengan bau kambingnya , menyinggah ler sekejap ke mydin. Nak shopping barang dapur la konon kononnya, padahal nak gi cari makanan free kat food tester. Sampai 3 cucuk nugget tu aku balun, auntie yang tolong gorengkan tu pun serba salah nak tegur, muka bermisai berjanggut mcm bapak orang tapi perangai mengalahkan budak2 hahaha pedulik hape haku. Ok sambung balik, agak2 lepas puas aku pusing satu mall aku pun menuju la ke kaunter bayaran. Sampai je kat kaunter, ayat pertama yg terkeluar dari mulut aku “Subhanallah, jodoh”. Suuuuumpahh lawaa broo awek kaunter tu. Muka bersih kulit putih kening tebal takde misai, tak chubby dan tak terlalu kurus, bertudung hitam ropol ropol. Pehh memang gadis idaman pujaan hati lah org kata. Gigih jugak la time tu menahan mata daripada berkelip dalam 20 saat. Yela kalau dah kelip kan nanti jatuh haram, so aku tengok puas2 dulu baru kelip huhu.





Pastu nak menunjukkan bahawasanya aku hero dalam cerita ni, awek kaunter tadi tu pun menjeling balik kearah aku dengan manjanya (*kalau dia jeling kat lelaki lain, takdenye aku nak tulis entry ni. Dia jeling bebetul kat aku lahh. Yang korang tak caye apehal lak ekeleh). Awek tu cuba menegur aku yg pada masa tu sedang gigih menahan kelip (*saat ke 18), “Student utem eh?”.


“Oh a’ah mana tahu nii” jawab aku sambil buat buat bodoh padahal memang terang2 kad matrik utem tergantung kat leher masa tu.


“Afifah lama dah ke kerja sini?”, tanyaku kembali. Nampak la aku ni peramah, ada give and take dalam conversation.


“Em dah 3 bulan dah. Eyy mana tahu nama kita afifah ni ee benci benci” sambil memukul mukul manja bahu aku dengan menggunakan ikan kembong yang belum di scan bar code nye. Awek ni pun sama bodo, dah terang2 pakai nametag cashier Mydin, memang aku tau la nama dia Afifah huhuhu.


Kemesraan kami berlarutan selama 5 minit. Buat kali pertama aku merasa bahagia selama 5 minit. Inilah yg dikatakan kuasa cintaa cewaahh.


Lepas tu dalam 2 mggu lepas kejadian tu, aku dating balik ke mydin dgn harapan nak jumpa awek kaunter tu balik. Cari punya cari, toleh punya toleh, jengah punya jengah tapi tak jumpa. Member aku pun naik heran tengok aku macam kera kena belacan. Berdiri tak kena, berjalan tak kena, cangkung lagi la tak kena. Jangan cakap korang tak pernah tengok orang cangkung dalam mall haha. Tiba tiba member yg tercengang tadi bersuara "Kau cari pipah ke? Dia dah berhenti kerja la minggu lepas". Kuajo rupenya member aku pun dah try dia. Tak guna, dak2 wicet rupanya.


Sekian la kisah couple 5 minit aku. Nampak kan ending dia macam hampeh sebab aku pun dah malas nak menaip. Korang kalau nak happy ending, pegi tengok tv3 sana. Heh