"Cinta itu.. boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan.. walau pedas hingga mengalir air mata tapi masih mahu dimakan juaa"
Pernah dengar lagu tu tak? Pehh kalau ingat lagi lagu tu, korang memang lejen ahh. Memang truly 90's baby lah, bak kata twitpemes takpun fb pages yg beriban likers nya. Haa. Macam orang yg lahir tahun 90 an tu lah paling hebat childhood nya, merasa setiap benda yang susah jumpa di zaman sekarang. Puihh! Ok tak kisah tapi nak tanya ni, betul ke cinta tu macam makan sambal belacan?
Cinta didefinisikan sebagai suatu perasaan atau keinginan terhadap seseorang/sesuatu, kehadirannya didambakan dan kehilangannya dikhuatiri, sentiasa ingin melindungi orang yg dicintai dari sebarang bahaya atau gangguan. Makan tak tambah, mandi tak sabun, tido tak ngompol lah orang tua2 kata. Haa. Sikit2 nak jumpa, sikit2 nak call, sikit2 nak wassap. Pokok pisang kalau ditampal topeng muka cinta hati nya tu, nescaya akan hilanglah kesuciannya sebagai sebatang pokok pisang dek dicomolot setiap hari. Haha comolot dgn pokok pisang pale bana dia.
Tapi, macam mana nak cinta orang yang kita tak nampak?
Kata kunci; percaya.
IBU MENGANDUNG
Kandungan seorang ibu biasanya mengambil masa lebih kurang 9 bulan 10 hari. Pernah terfikir tak macam mana ibu boleh mewujudkan perasaan cinta terhadap seseorang yang belum pernah dia jumpa, yang belum dia kenal, yang dia tak tahu pun bagaimana layanan yang bakal diberikan terhadap ibu kelak. Mungkin saja orang yang dikandung itu menjadi anak yg berjasa kepada ibu, atau mungkin saja orang yang dikandung itu adalah anak yang menghantarnya ke rumah orang2 tua. Namun ibu tetap menjaga kandungannya dengan rapi, sanggup menghadapi sukarnya bergerak, dan berhabis wang ringgit memberi cukup nutrient demi kandungannya sihat, sebab ibu PERCAYA anak yang dikandung itu akan menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti.
ORANG YG SUDAH MENINGGAL
Tidak dinafikan kehilangan orang yang tersayang adalah sesuatu yang menyakitkan, lebih2 lagi untuk selamanya. Orang yang selalu berada di samping kita tiba2 pergi menghadap seruan Ilahi. Tetapi tak bermakna kehilangan itu menjadi penyebab untuk kita berhenti mencintai si dia. Pasti, arwah banyak berjasa atau meninggalkan kenangan manis bersama kita ketika hayatnya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Dan sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib PERCAYA bahawa amalan adalah bekalan di akhirat kelak. Banyakkan berdoa untuk arwah, sebagaimana banyak nya cinta kita terhadap arwah ketika hayatnya.
SANG PENCIPTA
Dari kecil kita telah dididik untuk mengenal Allah, pemilik jasad ini. Setelah mengenal Allah, kita mula mempelajari Islam dgn lebih mendalam. Bermula dgn huruf Aliff hingga mampu khatam satu Al-Quran. Solat juga didirikan setiap hari, tapi sejauh mana cinta kita terhadap Allah? Sejauh mana cinta kita terhadap Pemilik setiap degupan jantung ini? Aku sering tertanya, kita tak pernah jumpa/nampak Allah, jadi mcm mana nak cinta yg tak nampak? Jawapannya, PERCAYA. Kita wajib percaya Allah adalah Tuhanku dan Muhammad pesuruhNya. Pernah terfikir tak, Allah sebenarnya sedang menguji kita. Manusia memang sinonim dgn sifat ingin tahu dan curiga. Macam mana la agaknya rupa Allah. Oleh itu, sesiapa yang mencintai Allah walaupun tak pernah nampak Nya bermakna dia lulus ujian itu dan tergolong dalam golongan yg berjaya insyaAllah. Islam pun ada menggariskan 6 Rukun Iman yg wajib kita percaya. Mari ukur iman kita dan lihat sejauh mana cinta kita terhadap Allah.
Buat pasangan yang long distance relationship tu, boleh la try apply kata kunci aku bagi tadi. Tepuk dada tanya hati sejauh mana kita percaya dekat org yg kita cinta. Kalau tak berapa percaya, means tak berapa cinta ler tu. Sikit2 nak was was, sikit2 nak trust issue. Biar la dia nak makan kepci ke sushi king ke dgn crush dia. Kau percaya jela diorang sebenarnya tgh bincang pasal drama Lejen of Blusi, mcm mana mermaid tu mandi shower, berdiri atau baring :p Hihihi.
Aku bukanlah org yang warak,
ilmuku juga tidak setinggi ulama',
Hanya berkongsi sedikit pendapat.
Wallahualam.